belajar tentang nilai..

Assalaamualaikum wbt.. Alhamdulillah baru sahaja selesai urusan di Maybank tengahari tadi.. Al-kisah boleh pulak salah kira n tak cukup duit nak wat bank draf..huhu jarang-jarang berlaku pada diri ini. Biasanya saya sangat cermat benda-benda camni.. Apa pun, dapat top up duit dari mesin ATM..selesai, syukur sangat. Sebenarnya nak cerita pasal nilai. Masa saya tengah isi borang, ada seorang nenek uzur juga baru sampai dan duduk di situ. Dia tanya ni bank apa? Saya jawab "Maybank" Cara dia cakap slanga Indonesia..mula-mula ingatkan dia Chinese.. Sekali tiba-tiba ada seorang adik cakap kat nenek ni dia nak duduk situ nak isi borang.. terpaksa la nenek tua ini bangun.. Saya hanya memandang kepada adik tadi. Memang cara dia cakap baik dan beradab, tapi apa salahnya dia isi borang sambil berdiri?? pelik bin ajaib.. Saya yang memang dalam kebingungan tak mampu berkata apa-apa..hanya melihat nenek tua tadi beredar pergi..dalam hati kasihan kepada nenek itu.. Nilai duit kalau tak cukup RM1 maka kita kena tambah RM1 la.. tapi nilai adab dan sopan bagaimana pula?? *sekadar luahan rasa. peringatan buat diri sendiri yang mungkin akan sampai menjengah usia tua..


2 ulasan:

  1. Assalamualaikum Hanis,
    Allahu Akbar. Apakah nilai murni di kalangan masyarakat kita semakin terhakis?
    erm, pengalaman Ummu sebagai OKU fizikal,jarang org yg ada di sekeliling saya ketika itu memberi laluan kepada saya, ada yag berebut2 dgn saya ada tapi suami dah pesan saya kena sabar dan jgn harap simpati manusia.

    BalasPadam
  2. wa'alaikumussalam ummu.. terima kasih sudi jengah blog ni. realiti dunia masa kini manusia lebih mementingkan urusan sendiri hingga mengabaikan manusia sekeliling.. sikap prihatin semakin menipis

    BalasPadam

Copyright © 2016 LaKarAn haTi and Blogger Themes.