Guru kerja 9 jam???

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
belum pun reda dan selesai isu PPSMI, satu lagi isu berkaitan pendidikan muncul di negara kita. Kali ini melibatkan golongan pendidik@cikgu..
Mengapa kerajaan tiba-tiba nak cikgu kerja 9 jam macam pejabat?
Pada hemat saya, waktu kerja cikgu yang sedia ada dah sesuai. Saya yang bekerja office hour ni pun jealous dengan cikgu-cikgu ni..sebab kerja half day..
tapi tugas guru berat..bukan sekadar mengajar tetapi mendidik!!
Harap-harapnya projek rintis di empat buah negeri tu akan dipertimbangkan semula. Kasihanilah cikgu-cikgu ni. Mereka pun ada keluarga juga..

0 ulasan:

PPSMI: Kerajaan harus berani buat keputusan

Dasar PPSMI yang dilaksanakan bermula tahun 2003 adalah tidak berjaya atau bahasa mudahnya gagal. Hal ini diakui sendiri oleh Menteri Pelajaran, tan Sri Muhyiddin Yassin ketika temubual dalam rancangan Soal Jawab di tv3.. Jadi, tunggu apa lagi?? Janganlah kita mempertaruhkan masa depan anak bangsa kita.

PAGE guna taktik halus lambat mansuh PPSMI
Oleh Mohd Feroz Abu Bakar dan Basir Zahrom

2011/11/11
Kerajaan tak perlu layan helah kumpulan minoriti

KUALA LUMPUR: Permintaan Kumpulan Ibu Bapa Untuk Pendidikan (PAGE) supaya murid Tahun 1 dibenarkan mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) tahun depan adalah strategi mereka untuk melambatkan lagi pemansuhan dasar berkenaan.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menganggap desakan PAGE yang dipersetujui Jaringan Melayu Malaysia (JMM) itu adalah taktik halus untuk mencapai hasrat mereka supaya Kementerian Pelajaran akhirnya menubuhkan Sekolah Kebangsaan PPSMI.
Persatuan Penulis Nasional (PENA) menegaskan permintaan terbaru PAGE dan JMM itu akan mengakibatkan 10 tahun lagi berlangsung PPSMI berbanding sembilan tahun sekarang kerana satu lagi kohort terbaru terpaksa dihabiskan.
Presidennya, Dr Mohamad Saleeh Rahamad, berkata peralihan secara berperingkat yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah cukup bertoleransi walaupun tempoh pemansuhan PPSMI sangat lama berbanding pengenalan dasar itu pada 2003.

Katanya, PAGE hanya mencari helah untuk mencapai matlamatnya dan kesan daripada tuntutan itu akan memusnahkan sistem di sekolah dari segi guru, buku mahupun peperiksaan.

“Tuntutan mereka tidak perlu dilayan jika kerajaan benar-benar mahu menghapuskan PPSMI. Jangan terlewat lagi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sementara itu, Gabungan Pemansuhan PPSMI (GMP) yang menaungi 48 NGO di bawahnya kecewa dengan pendekatan pemansuhan berperingkat atau ‘soft landing’ yang mahu dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran.
Pengerusinya, Prof Dr Shaharir Mohamad Zain berkata, Menteri Pelajaran akhirnya tunduk kepada kumpulan minoriti yang mahu PPSMI diteruskan dan pemansuhan hanya akan berlaku pada 2021.

Katanya, GMP kecewa kerana semasa menghapuskan bahasa Melayu dulu dalam pelajaran Sains dan Matematik, masanya hanya dua tahun.

“Ini dilakukan dengan pelaksanaan PPSMI bermula dengan Tahun 1, Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tingkatan 6 Rendah tanpa kasihan belas pada pelajar yang sedang mengikuti pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu.

“Apabila tiba giliran menghapuskan bahasa Inggeris, kementerian begitu kasihan kepada pelajar belajar dalam bahasa Inggeris hingga wujud istilah ‘pendaratan lembut’ dan pemansuhan bermula dengan Tahun 1 saja,” katanya yang juga bekas profesor dalam bidang Fizik-Matematik Universiti Kebangsaan Malaysi.

Sementara itu, Pengerusi PAGE, Datin Noor Azimah Abdul Rahim ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai permintaan terbaru pihaknya kerana bimbang kenyataannya akan disalah erti.

p/s:Artikel ini dipetik daripada beritaharian online.

0 ulasan:

Seksualiti Merdeka..

Panas panas!!!
Program Seksualiti Merdeka cuba diadakan di negara Islam Malaysia.
Persoalannya, merdekakah seksualiti merdeka??
Jangan kita hanya menuding jari bila mana ada pihak yang memperjuangkan hak mereka sebagai gay@lesbian. Sama-samalah kita mencari jalan penyelesaian dan kembali kepada fitrah asal kejadian manusia.
Allah swt menjadikan sesuatu kejadian berpasang-pasangan..
ada malam, ada siang..
ada jantan, ada betina..
ada lelaki, ada perempuan..

kalau lelaki kahwin dengan lelaki, bagaimana nak dapatkan zuriat??? lelaki mana yang sanggup mengandung??
Justeru, KEMBALILAH KEPADA FITRAH..jangan kita menyalahi fitrah yang Tuhan telah ciptakan untuk kita kerana hidup di dunia ini adalah sementara..Ambillah iktibar daripada kisah kaum Nabi Lut..
Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga,
jangan kerana Seksualiti Merdeka, 1Malaysia ditimpa bencana..nauzubillah

0 ulasan:

melayari KRTS...

Melayari web Kehidupan Ringkas Tapi Signifikan (KRTS) tulisan Prof Kamil memberi signifikan dalam diri..
Pelbagai persoalan bermain di minda..tetapi rumusnya hidayah Allah swt boleh hadir kepada sesiapa yg dikehendaki..
Ya Allah kurniakanlah kami hidayahMu. Kau tunjukilah diriku, ahli keluargaku, sahabat-sahabatku dan anak-anak didikku dgn taufiq dan hidayahMu agar kami sentiasa bertaqwa kepadaMU..Ya Rahman, selamatkanlah kami dr fitnah dunia dan azab api neraka.
Amin Ya Rabbal 'Alamin

2 ulasan:

HARI TERBUKA IKMKL 2011

Alhamdulillah, hari ini 1 Nov 2011 IKM Kuala Lumpur berjaya mengadakan Hari Terbuka 2011..pelbagai program berlangsung. Antaranya, gerai jualan dan pameran..
Sekalung tahniah buat semua ahli jawatankuasa Hari Terbuka yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini.. Moga ia memberi manfaat kepada semua pelajar dan pengunjung yang hadir..

p/s: biasanya Cikgu Munie yg selalu buat laporan pasal IKM kat blog dia.. tapi Cikgu Munie dah cuti bersalin..so saya take over sekejap..hehehe..Cikgu Munie jangan marah ek

2 ulasan:

Struggle for final exam!!

Assalamualaikum wbt..
lama betul x update blog ni..
hujung-hujung semester ni banyak benar tugasan yang perlu diselesaikan..
minggu ke16 hari tu, semua dok sibuk dgn dokumentasi P&P..waktu tu tak tahu nak kata la.. tak toleh kiri kanan..masuk keje 8pagi-5ptg.. kul 5ptg pun ramai yang macam xnak balik..tu la penangan pemantauan lesson plan!!! alhamdulillah detik itu telah berakhir.
sekarang ni dah masuk minggu ke 18..2 minggu saja lagi sebelum final exam. so kena struggle @ berusaha keras menjelang final.
cop2..sapa yang sepatutnya struggle?? cikgu ke pelajar?? =)

0 ulasan:

Pasca Ramadhan...

Assalamualaikum wbt..
Ramadhan 1432H telah berlalu pergi.. pastinya ramai antara kita yang menangisi pemergian ramadhan..moga-moga kita akan bertemu lagi dgn bulan ramadhan pada tahun-tahun akan datang..
Ramadhan kali ini mengajar 1001 erti kesabaran dan kesusahan. Kita dididik menahan nafsu makan dan minum, menahan mata dan telinga, juga menahan lidah agar tidak mengata dan mengumpat orang lain. Ya, bulan ramadhan berjaya mendidik kita agar bersabar daripada melakukan maksiat dan cuba meningkatkan amal ibadah.
Namun, setelah ramadhan berlalu pergi adakah momentum diri kita sama seperti ketika bulan ramadhan? Kalau dulu kita mampu menahan lidah, mata dan telinga, adakah pasca ramadhan kita masih mampu menahan lidah, mata dan telinga daripada maksiat?? Andai tidak berjaya,siapakah yang patut dipersalahkan? Wajarkah kita mengatakan itu salah syaitan yang telah bebas dari belenggu tatkala laungan takbir aidil fitri?
Sama-sama kita bermuhasabah... =)

0 ulasan:

Salam Kemerdekaan 2011!!

Selamat Hari Kemerdekaan ke 54!!
Sedar tak sedar dah lebih separuh abad kita merdeka dari belenggu penjajah..
Namun, adakah kita benar-benar telah merdeka??
Merdekakah kita andai nilai Barat terus menapak jiwa remaja??
Merdekakah kita andai sekularisme dan pluralisme terus melebar dalam negara??
Merdekakah kita andai solat yang lima tidak terlaksana??
Mencapai kemerdekaan dari penjajah British adalah sukar.
Namun mengekalkan kemerdekaan negara adalah jauh lebih sukar!!
Semoga negara kita menjadi BALDATUN TOYYIBATUN WA RABBUN GHAFUR

0 ulasan:

Eid Mubarak 1432H

Assalamualaikum wbt..
Di kesempatan ini, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua kenalan dan saudara mara atas segala keterlanjuran kata dan kekasaran laku..
moga segala ibadah kita dalam bulan Ramadhan yang lalu diterima Allah swt..
Janganlah kita menjadi hamba kepada Ramadhan tetapi jadilah hamba kepada Allah, Tuhan yang menciptakan Ramadhan..
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR BATIN

0 ulasan:

Sembelih puyuh

Assalamualaikum semua..
Hari ni nak kongsi citer sembelih puyuh.
Unit Pendidikan Islam telah menganjurkan Program Amali dan Teori Sembelihan (PANTAS)pada 14 Mei 2011 bertempat di Kompleks Puyuh, Kundur, Negeri Sembilan.
Program ni acara wajib sebenarnya..hehe jom tengok gambar-gambar best di sana!!


Antara guru PPI yang hadir


Syoknya Luqman dan Afiq main dengan puyuh.


Arham kata dia tengok leher burung kena potong. haha


Burung puyuh dalam sangkar

ok. moga program ini memberi manfaat kepada para pelajar!!
p/s: gambar ihsan dari Puan Murni =)

0 ulasan:

STAY GREEN!

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

0 ulasan:

Hari Ibu...

salam..
entry ni agak terlewat..namun sebenarnya tiada istilah hari ibu, hari bapa dalam Islam. Hari-hari adalah hari ibu dan hari bapa. Mungkin pihak barat mencipta hari ibu, bapa, dan macam-macam lagi untuk mengenang jasa mereka..
Apa pun, saya ingin berkongsi dengan anda semua ucapan selamat hari ibu yang saya terima baru-baru ini (anak-anak x ucap hari ibu pun..kuikui)

1. KEHEBATAN SEORANG ANAK LAHIR DARI SEORANG IBU YANG TABAH.
KEMENANGAN SEORANG ANAK ADALAH KERANA SEORANG IBU YANG TIDAK PERNAH MENYERAH.
SYURGA MENJADI RENDAH DI TELAPAK KAKI KERANA KAU IBU YANG SENTIASA MENJAGA AMANAH..


2. SELAMAT HARI IBU BUAT IBU-IBU YANG HEBAT,
YANG BERKORBAN NYAWA MELAHIRKAN ZURIAT,
DI TANGANMU BERKAT DAN SYAFAAT,
UNTUK SI ANAK MENJULANG DARJAT.


Ucapan hari ibu sedikit sebanyak menyebabkan saya kembali bermuhasabah sejauh mana amanah sebagai ibu sudah terlaksana. Kekadang tertewas dengan tekanan emosi dan kondisi badan yang letih pulang dari bekerja. Kerenah anak kecil yang tidak terduga dek akal seringkali mengundang nafsu amarah yang menjelma tanpa jemputan. Namun, kewarasan akal perlu segera diseimbangkan dengan keimanan dan ketaqwaan. Anak kecil itu hanya inginkan perhatian!! bersabarlah wahai ibu kerana mereka adalah amanah Allah dan menjadi saham kita di akhirat kelak.

p/s: Selamat Hari Ibu buat bonda tercinta yang berjaya mendidik ketiga-tiga anaknya dengan cemerlang. Kini baru saya tahu bukan mudah menjadi seorang ibu apatah lagi ibu yang bekerja..semoga Allah merahmati bonda dan mempermudahkan segala urusan kami dunia dan akhirat.amin

0 ulasan:

Lawatan ke Muzium Kesenian Islam Malaysia

Salam..

4 Mei 2011 lebih kurang jam 3.25 petang ahli dan guru penasihat Persatuan Pendidikan Islam IKM KL selamat tiba di perkarangan Muzium Kesenian Islam Malaysia. Terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur, berhampiran Masjid Negara dan Pusat Islam..

Sesi lawatan lebih kurang 1 jam 30 minit sahaja, namun pelbagai ilmu dan fakta berkaitan kesenian Islam dari seluruh negara diperoleh.. Malas la pulak nak citer panjang. Nak tgk gambar cantik2 boleh pergi ke blog cikgu munie http://fifahnazri.blogspot.com.


merakam gambar beramai-ramai sebagai bukti kehadiran sebelum pulang ke IKMKL.

1 ulasan:

KECEWA??

Anda pernah kecewa?? Tipulah kalau anda jawab TIDAK. Kecewa ni ada banyak jenis. kecewa dalam kerjaya, kecewa dengan rakan-rakan, kecewa dalam percintaan dan banyak lagi. Rata-rata perasaan kecewa ni datangnya apabila ada kaitan dengan manusia.
Oleh itu, janganlah terlalu berharap pada manusia kerana kita mungkin akan kecewa. Letaklah harapan yang tinggi kepada Allah swt kerana DIA maha mengetahui dan tidak akan mengecewakan hambaNYA..

0 ulasan:

kasih sayang...

Bagaimana si anak kecil akan mengetahui erti kasih sayang andai kita TIDAK MEMBERI kasih sayang???

Berilah mereka kasih sayang agar mereka mengetahui erti kasih sayang yang sebenarnya.

0 ulasan:

Sabar setiap masa..

Sabar... satu perkataan ringkas yang memberi impak yang besar pada diri manusia. Sifat sabar ini berjaya 'memandu' tindakan manusia dalam kehidupan seharian. Adanya sifat sabar ini membolehkan ramai manusia hidup dalam keadaan aman damai seperti sekarang.

Dengan sifat sabar ini, seorang guru mampu terus menjadi seorang guru walaupun berhadapan dengan ragam pelajar yang bermacam-macam karenah.

Dengan sifat sabar ini, seorang ibu mampu membesarkan anak-anak yang ramai walaupun ketika kecil, anak-anak biasanya sangat nakal dan tidak mendengar kata kerana mereka masih tidak mengerti kata-kata ibunya.

Dengan sifat sabar ini, hubungan persahabatan terus berkekalan walaupun kadang-kadang dalam bersahabat, kita selalu diuji dengan sikap rakan yang mengundang rasa kecil hati.

Dengan sifat sabar ini, ramai manusia telah berjaya menjadi orang hebat kerana berjaya melalui pelbagai kesusahan ketika menuntut ilmu.

Dengan sifat sabar ini juga, suami dan isteri terus bahagia menjalani kehidupan walaupun setiap pasangan biasanya akan diuji sepanjang berada di alam rumah tangga. Kata orang, 'sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'.

Cuba kita bayangkan situasi dimana sifat sabar ini sudah tidak ada langsung dalam diri manusia, walaupun sekelumit.

Tanpa sifat sabar, bilangan guru akan berkurang kerana ramai orang yang tidak sanggup lagi menjadi guru untuk melayan karenah pelajar yang kadang-kadang mengundang rasa marah dan sedih di hati.

Tanpa sifat sabar, anak-anak kecil akan membesar dalam keadaan yang tegang tanpa kasih sayang kerana tidak ada lagi sifat sabar dalam diri ibu bapa dalam sepanjang membesarkan anak-anak kecil yang masih tidak mengerti.

Tanpa sifat sabar, hubungan persahabatan tidak lagi seindah yang dirasakan sekarang kerana setiap orang tidak dapat bersabar lagi dengan sikap rakan masing-masing dan tiada lagi sifat sabar dalam diri yang mendidik hati berlapang dada dan saling memaafkan.

Tanpa sifat sabar, tiada lagi lahirnya orang-orang hebat kerana semua orang tidak sanggup menghadapi kesukaran ketika belajar dan berputus asa saat-saat diuji dengan kesukaran.

Tanpa sifat sabar, alam rumah tangga tidak akan bertahan lama kerana tiada lagi sifat sabar dalam diri pasangan masing-masing untuk bertolak ansur antara satu sama lain.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya. (Surah Al-Ma'aarij:ayat 5)

Ya, saya suka ayat ini. Ketika sedang menahan marah dan menahan sedih, ayat ini benar-benar memberi motivasi kepada saya. Bagaimana Allah memerintahkan kita untuk bersabar, malah bersabar dengan kesabaran yang baik.

Sememangnya dirasakan sabar ini merupakan sesuatu yang sangat perit sehingga kadang-kadang hati kita mengeluh.

" Asyik sabar je, penat dah sabar ni!"

Kita tidak perlu fikirkan lagi, mengapa kita bersabar dan berapa kali kita bersabar dalam hidup ini kerana saya ingin mengajak anda melihat apa yang dapat kita peroleh dari sifat sabar ini.

Apabila kita bersabar, kita sebenarnya dianugerahkan satu rasa yang tidak semua orang mampu merasainya, iaitu rasa ketenangan. Ketenangan ini bukan semua orang mampu merasainya melainkan orang-orang yang menjalani kehidupan mengikut apa yang Islam anjurkan. Percayalah dengan sifat sabar ini, dalam keadaan tidak sedar kita telah menyelamatkan banyak hubungan persahabatan daripada terputus, dengan sifat sabar ini kita boleh hidup aman damai seperti sekarang, dengan sifat sabar ini kita menjadi dewasa sehingga kini. Lihatlah betapa besarnya impak sabar untuk menjadi kehidupan harmoni.

Untuk anda yang sedang diuji, dalam hati ini hanya ada dua pilihan, sama ada nafsu ataupun iman. Jika menang nafsu, maka kalahlah iman, jika menang iman maka musnahlah nafsu. Kita yang perlu menilai dan memilih. Apabila diuji, kita mahu memilih nafsu untuk terus marah, atau kita memilih pilihan yang paling tepat iaitu iman dan sabar. Lihat pada impaknya, jika kita memilih untuk marah, hati kita akan dikuasai rasa marah yang menghilangkan rasa tenang, malah boleh jadi kita bertindak diluar batas fikiran kita yang akhirnya memberi kesan negatif pada kehidupan kita ketika itu. Namun, jika kita memilih untuk bersabar, insyaAllah kita diberi ketenangan untuk membantu kita mengambil tindakan yang tidak memburukkan lagi keadaan.

Saya bagi satu contoh yang mudah. Ditakdirkan anda terpaksa menjalani kehidupan dengan seorang rakan yang sangat pentingkan diri sendiri. Setiap tindakannya pasti memberi kebaikan pada dirinya dan kita sentiasa menjadi mangsanya. Setiap perbuatan dan kata-katanya sentiasa membuat kita berkecil hati. Disini, anda hanya ada dua pilihan, memilih untuk terus bersabar dan bertahan sepanjang anda menjalani kehidupan dengannya, atau anda memilih untuk bermasam muka dengannya akibat sakit hati yang menguasai diri. Jika anda memilih untuk bersabar, anda mampu menjaga keharmonian persahabatan dengannya, namun jika anda memilih untuk bermasam muka, pastinya memberi kesan yang tidak baik dalam hubungan persahabatan itu sendiri.

Namun sahabat, perlulah kita ingat bahawa kita ini manusia, kita bukan malaikat untuk terus menjadi sempurna di mata orang lain. Sabar manusia itu ada juga batasnya dan kadang-kadang orang yang paling banyak bersabar, sekali dia 'meletup' huru-hara jadinya. Oleh itu, perlunya fungsi kita meletakkan diri kita ditempat orang lain. Malah jika kita jenis yang pentingkan diri sekalipun, sebelum bertindak, kita perlu berfikir bagaimana rasanya jika kita berada ditempat orang yang teraniaya itu.

Sebelum kita bunuh orang, cuba kita bayangkan diri kita menjadi orang yang dibunuh itu.

Sebelum kita melemparkan kata-kata yang mampu mengguris hati orang lain, cuba bayangkan diri kita yang dilemparkan kata-kata itu.

Jika kita mampu meletakkan diri kita ditempat orang lain, saya yakin manusia tidak akan menzalimi sesama manusia lagi.

Sabar itu bukan perlu pada waktu-waktu tertentu sahaja, tetapi ia perlu setiap masa dan dimana jua kerana hidup kita tidak pernah lari dari diuji dengan pelbagai jenis dan bentuk ujian. Teruskan langkah dalam kehidupan ini tanpa menoleh ke belakang lagi, kerana di depan sana ada syurga menanti kita. Cubalah memahami untuk diri kita difahami, cubalah bertolak-ansur, supaya orang lain juga mudah bertolak ansur dengan kita. Janganlah sentiasa mencari salah orang lain, supaya orang lain tidak mencari salah kita. Nasihat ini untuk diri saya sendiri, dan juga untuk kamu wahai sahabat.

*dipetik dari iluvislam.com

0 ulasan:

SAY NO TO VALENTINE'S DAY!!

Valentine's Day??Apa tu?? Haaa bagi remaja-remaja yang sedang sakan bercinta jangan dok syok nak sambut valentine's day(14feb) kerana ia sebenarnya bukanlah budaya Islam..
nak tahu lebih detail try search dalam google ke asal-usul valentine's day..memang langsung xda kaitan dgn umat Islam..
so, adik-adik remaja sekalian jangan amalkan budaya bertaklid (main ikut je,xtau hujung pangkal). nak buat sesuatu kenalah tahu apa hukumnya, boleh ke xboleh..
jangan main redah je. hidup ni bukan untuk suka-suka je tau.
OK..tahniah kepada JAKIM yang telah melancarkan kempen AWAS! JERAT VALENTINES'S DAY!..
pertahankan maruah diri, hiasi peribadi..moga menjadi insan yang berbudi!! =)

0 ulasan:

Tumbangnya Husni Mubarak!!

Salam..
Alhamdulillah, akhirnya Husni Mubarak berundur jua setelah dihalau oleh rakyat Mesir. Husni dilaporkan telah selamat pergi bercuti ke Sinai (boleh ke bercuti dengan tenang di kala seluruh rakyat bangkit dengan pelbagai tohmahan kepadanya???yang sebenarnya melarikan diri..)
Apa pun, setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah yang berkuasa memberi kuasa kepada sesiapa yang dikehendaki dan mengambil kuasa daripada sesiapa yang dikehendakinya. Kita adalah hambaNYA dan kepadaNYA kita akan kembali. Walau sehebat mana pun diri kita, walau sebanyak mana pun harta, walau menduduki pangkat dan takhta tertinggi di dunia, kita tetap adalah HAMBA YANG HIDUP SEMENTARA CUMA DI DUNIA.
Justeru, perjuangan ini belum berakhir. Marilah kita sama-sama berdoa agar kepimpinan Mesir yang baru terdiri daripada insan-insan yang bertaqwa (bukannya Omar Suleiman yang dikatakan juga pro-Israel). MENGAPA??


  1. kerana di situ terletaknya nasib umat Islam di Mesir dan juga saudara-saudara kita di Palestin yang telah lama menderita akibat sekatan di pintu masuk Palestin-Mesir.

  2. itu juga petanda awal ISLAM akan kembali tertegak di atas muka bumi ini!!

Ya ALLAH, bantulah kami dalam menegakkan agamaMU..Kuatkan iman kami, teguhkan hati kami agar thabat di landasan ini. Ya RABB, bantulah saudara-saudara kami di Mesir, Iraq, Palestin dan di seluruh dunia.. YA ALLAH hanya padaMU kami berserah dan memohon pertolongan..AMEEN2 YA RABBAL ALAMIN

sumber gambar: utusan.com.my

0 ulasan:

Dunia..dunia...dunia...

salam..
hari ni saya nak berkongsi tentang sifat DUNIA..ye, dunia yang kita sedang lalui dan hadapi... ada 3 sifat utama:
1- FANA @ SEMENTARA
Dunia hanyalah sementara..tempat persinggahan, tempat membuat bekalan untuk menuju
akhirat yang abadi

2- SUSAH
Hidup kat dunia ni memang susah..tiada yang mudah. banyak peraturan dan pantang
larang..

3- MENCABAR
YE, memang sangat mencabar dunia ini. Pelbagai dugaan, cabaran, onak dan duri perlu
dihadapi untuk mengecapi kejayaan dan kebahagiaan..

ish, xde perasaan pulak nak hurai panjang lebar..rasanya semua pembaca bijak-bijak belaka.. so, renung-renungkan.. tazkirah ini dipetik dari siri motivasi pagi di radio ikim.fm pilihan utama anda

1 ulasan:

BERJUANGLAH!!

Tika diri merasa susah, ingatlah ada orang yang jauh lebih susah dari kita,
kalau kita merasa sedih kerana tidak mempunyai kasut baru, ingatlah ada orang yang bersedih kerana tidak mempunyai KAKI untuk memakai kasut!!

BERJUANG MEMANG PAHIT
KERANA SYURGA ITU MANIS =)

0 ulasan:

mentor mentee 1

assalamualaikum wbt..
alhamdulillah, terbuka pintu hati nak menulis di blog..juga ilham dari Allah swt.. Akhir-akhir ini agak sibuk dengan tugasan hakiki. Maklumlah awal tahun..
hm sekadar satu perkongsian. Hari Rabu yang lepas merupakan perjumpaan mentor mentee (MM) yg pertama utk semester ni. Biasalah, semua orang tak berapa excited time aktiviti mentor dan mentee ni. Namun, tuntutan tugas harus dilunaskan. Alhamdulillah unit kaunseling telah menyediakan modul yg sama untuk semua mentor bagi memudahkan perjalanan MM. Thanx ye Kak Zai.
Ok dipendekkan cerita aktiviti MM kali ini berkaitan graf kehidupan. Setiap mentee diminta melakar graf tentang kehidupan masing-masing. Ada graf menaik, menurun, macam gunung everest pun ada..sampai la masa semua mentee bercerita kisah hidup masing-masing. dari lahir sampai la sekarang...macam-macam kisah yg dikongsikan. Ada yang start merokok umur 10 tahun, ada yang pernah terlibat dgn jenayah, ada yg kurang mendapat kasih sayang dari keluarga dan macam-macam lagi. Tidak kurang juga yang mendapat perhatian penuh dari ibu bapa, berjaya dalam pelajaran dan menemui hidayah setelah bergelumang dengan dosa.
Sebenarnya, kisah-kisah tersebut sungguh di luar jangkaan saya. Ya, mereka sangat sporting berkongsi kisah suka dan duka masing-masing. Jauh di sudut hati saya merasakan betapa bertuahnya diri ini dibesarkan dalam keluarga yang penyayang dan mementingkan agama. Walau susah macam mana sekalipun agama tetap no 1. Solat jangan ditinggalkan. Jiwa ini telah terdidik dengan nilai Islam sejak kecil lagi.. alhamdulillah, syukur sangat!!
Kisah adik-adik mentee saya ini sedikit sebanyak membuka minda saya. Di sebalik wajah-wajah ceria dan kacak itu, rupa-rupanya terpalit kisah hitam yang tidak diketahui lukanya sedalam mana.
Hidup di dunia ini sungguh UNIK. Jadikan igauan ngeri semalam sebagai motivasi diri bagi menempuh liku-liku mendatang. Jangan jadikan ia alasan untuk anda terus rebah ke lembah kegagalan!!!

0 ulasan:

SALAM TAHUN BARU 2011
Moga menjadi yang terbaik!!!

0 ulasan:

Copyright © 2016 LaKarAn haTi and Blogger Themes.