Tahniah Skuad Malaysia!!

TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH kepada skuad muda bola sepak negara yg berjaya membaham garuda dengan tiga gol berbalas kosong pada Ahad lepas.

Ternyata jurulatih negara, K Rajagopal membuat percaturan yang tepat dengan mengenal pasti setiap kelebihan pemain-pemain beliau. Ditambah pula dengan kerjasama sepasukan yang dilihat makin serasi bersama.

Sebenarnya membuat keputusan yang paling tepat pada masa yang tepat bukanlah satu perkara yang mudah. Ia memerlukan kebijaksanaan, pemerhatian dan memanfaatkan ruang serta peluang untuk menghasilkan kejayaan. Orang yang gagal bukanlah orang yang bodoh tetapi ia membuat keputusan yang kurang tepat pada masanya. Orang yang berjaya pula tidak semestinya pandai tetapi ia tahu apa keputusan yang harus dibuat pada masa yang sesuai. Sepertimana Rajagopal mengetahui bila seharusnya mengeluarkan seseorang pemain dan siapa pula yang harus dimasukkan.

Apa pun, moga skuad negara terus beraksi cemerlang malam ini untuk menjulang Piala AFF Suzuki buat julung kalinya..


0 ulasan:

Copyright © 2016 LaKarAn haTi and Blogger Themes.