Cuti Sekolah..

Assalamualaikum buat semua.. alhamdulillah masih dikurniakan nikmat Iman dan Islam kurniaan Allah yang maha esa. Tanpa adanya dua nikmat tersebut, siapalah kita. Teringat pada kata-kata Saidina Umar al-Khattab (kalau salah tolong betulkan) "Kami adalah satu kaum yang menjadi mulia kerana ISLAM". Betapa beruntungnya kita menjadi umat Islam yang merupakan khairul ummah (umat terbaik) di atas muka bumi ini.
Cuti sekolah dah lama tiba dan hampir sampai ke penghujungnya. Namun, bagi saya ia sama sahaja. Anak-anak tetap pergi ke nursery seperti biasa kerana ayah dan ummi bekerja. Tak cuti pun. Cuma satu hari, saya berkata kepada Arham" Abang Long gi sekolah ye hari ni". Pantas Arham menjawab"Am cuti dah"...hahaha mentang-mentang member2 dia yang tua xgi nursery, dia pun xnak gi jugak...
Apa pun, ummi dan ayah cuba juga luangkan masa yang ada untuk anak-anak tersayang. Dah lepas senat ni boleh la amik cuti. Tapi cuti-cuti ni nak gi mana??


0 ulasan:

Copyright © 2016 LaKarAn haTi and Blogger Themes.