Pada suatu Jumaat..

Jumaat itu, aku dan abang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.. Jam di kereta menunjukkan hampir pukul 1 petang, menandakan waktu Jumaat hampir tiba..abang bergegas mencari masjid berdekatan kerana bimbang tidak sempat menunaikan solat Jumaat andai terus menuju ke rumah.. Alhamdulillah, kami menghala ke Masjid Kg Baru. Sementara menunggu abang menunaikan kewajipan sebagai hambaNya, aku mengisi perut di restoran berhampiran.

Azan Zohor telah pun berkumandang. Masih ramai manusia bernama lelaki yang berkeliaran di sekitar jalan tersebut. Ada yang bersegera berjalan kaki menuju ke masjid..Namun, sedihnya dirasa apabila masih ada yang buat tidak endah sahaja seolah-olah telinga mereka langsung tidak mendengar panggilan Ilahi yang dilaungkan oleh bilal.

Hati menjadi semakin pelik. Ku lihat sepasang kekasih sedang leka menikmati makan tengahari.. Terlupakah si jejaka bahawa hari itu hari Jumaat?? Tidakkah si gadis mengingatkan kekasihnya agar pergi menunaikan fardu Jumaat yang hanya SATU kali dalam seminggu???

Benarlah firman Allah dalam Al-Quran..LELAKI YANG BAIK UTK WANITA YG BAIK & WANITA YG BAIK ADALAH UTK LELAKI YG BAIK..Andai gejala ini berterusan, apakah yg akan terjadi kpd golongan belia yg bakal menjadi peneraju negara? Golongan inikah yang boleh diharapkan dalam memimpin keluarga?? Atau mereka lah yang menambahkan lagi statistik anak luar nikah di negara kita?? Em fikir-fikirkan..


0 ulasan:

Copyright © 2016 LaKarAn haTi and Blogger Themes.