I'M BACK...

Assalamualaikum & salam sejahtera..
alhamdulillah setelah berehat panjang, hari ini secara rasminya aku masuk kerja balik.. awal2 ni memang agak blur nak catch up byk benda..apa pun, syukur sgt kerana dikurniakan kesihatan yg baik utk meneruskan kehidupan di muka bumi Allah ini..
Secara telusnya, kehidupanku kini banyak berubah..dengan kehadiran puteri kesayangan, nik nur aisyah hidup ini menjadi semakin bermakna..betapa aku bersyukur atas kurniaan Ilahi ini..patutlah mengandung kali ni rasa lain je..rupa-rupanya perempuan..
masih segar dlm ingatan tatkala nak melahirkan anak ketiga ini..sakitnya Tuhan saja yg tahu.. tetapi bila terdengar tangisan si kecil..kemudian, terdengar pula suara nurse mengatakan bayi perempuan..aku macam x percaya..hatta bila lihat dgn mata kepala sendiri pun aku mcm berada di awangan..rupa-rupanya itulah anugerah Allah yang diberikan kpd aku & abang..syukur sgt2..
alhamdulillah, aisyah x byk ragam..arham n afiq pun dh semakin cerdik.. arham pun pandai jealous dgn baby..x padan dgn status abang long..hajat di hati memang nak muatkan gambar tiga org permata hati umi dlm ni..tapi apa kan daya, x transfer lagi gambar2 tu ke pc..
hidupku kini lebih sibuk menguruskan anak2 dan keluarga..aku cuma memohon agar diberi kekuatan dan kesabaran dlm mengasuh serta mendidik anak2 ku menjadi insan bertaqwa.. harapanku agar aku tidak leka dgn nikmat yg ada hingga mengabaikan tanggungjawab dan amanah sebagai hambaNYA..
YA ALLAH, AKU HANYALAH HAMBAMU..AMPUNKAN DOSA2KU DAN AHLI KELUARGAKU.. PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSANKU DI DUNIA DAN AKHIRAT..AMEEN2 YA RABBAL ALAMIN


0 ulasan:

Copyright © 2016 LaKarAn haTi and Blogger Themes.