elaun cola...

Assalamualaikum pembuka bicara..

setelah pelbagai desas desus yang melanda negara akhirnya kerajaan mengumumkan tidak akan menarik elaun cola drp kakitangan kerajaan..dilaporkan bahawa isu penarikan cola tidak pernah dibincangkan oleh kerajaan..kalau benarlah begitu, syukur alhamdulillah..ye la rm300 bukan satu nilai yg sedikit..namun begitu, ada juga yg mengatakan sebenarnya memang kerajaan nak tarik elaun cola..kerana sumber yg diperolehi dtgnya dari kementerian kewangan sendiri.. Walau apa pun, harapnya keputusan tidak menarik cola ni adalah keputusan muktamad dan kerajaan prihatin terhadap rakyat terutama golongan sederhana n berpendapatan rendah..
Sebenarnya aku bukan nak cite sangat pasal isu cola ni..cuma aku teringat kepada kata2 seorang pensyarah ketika aku dip.ed hujung thn lepas.. memang aku nak masukkan dlm ni kata2 tu tapi asyik terlupa je..
Isu berkaitan gaji.. persoalannya adakah kita akan memohon suatu jawatan yang tidak menjanjikan apa-apa gaji?? tiada elaun rumah apatah lagi elaun cola. juga tiada cuti tahunan, tiada bonus, kerja 24 jam tanpa henti...sanggupkah kita untuk menggalas jawatan tersebut??
kalau tanya kpd diriku, rasanya tak mampu n x sanggup... tetapi nak dikatakan bahawa ada seorang insan yang sgt istimewa..DIA TIDAK PERNAH KENAL ERTI PENAT LELAH DLM PERJUANGANNYA..DIA SANGGUP MEREDAH TOHMAH DAN FITNAH.. DIA TIDAK PERNAH MEMINTA UPAH ATAU MEMOHON CUTI..SIAPAKAH DIA??
DIA RASUL MULIA, MUHAMMAD SAW..
ALLAHUMMA SOLLI 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA 'ALA AALI MUHAMMAD


0 ulasan:

Copyright © 2016 LaKarAn haTi and Blogger Themes.